Bengkel Literasi Maklumat Dan Pangkalan Data Digital

13 Oktober 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat Dan Pangkalan Data Digital dengan jayanya. Bengkel ini diadakan di Mini Teater IPG Kampus Ipoh pada sesi pagi.

Penceramah jemputan, Encik Salehuddin bin Zainal dan Encik Muhammad Zakaria bin Abdul Rahman Adas daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Beliau telah menyampaikan ceramah yang penuh berinformasi serta telah memberikan tips dalam pencarian maklumat secara atas talian.

Seramai 20 peserta terdiri dalam kalangan pensyarah, pegawai pengurusan dan staf menghadiri bengkel ini.
 
Semoga kursus yang telah diadakan ini dapat membantu dan meluaskan pengetahuan para peserta dalam pencarian maklumat yang sahih dan relevan.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#bengkelliterasimaklumat
#pangkalandatadigital
Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung