Program “WORLD #QuranHour 1444H/2023


13 APRIL 2023 – Ketua Unit Perpustakaan, En. Hasri bin Abu dan Kakitangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh  telah menyertai Program “World #QuranHour 1444H/2023” anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang telah dirasmikan olehYB Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. 


Program ini dijalankan serentak di seluruh Malaysia dan membawa tema “Memanusiakan Ummah” bertujuan untuk menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan Al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal. 


Program World #QuranHour 1444H/2023” telah membawa Surah Al-Insan sebagai surah pilihan, mensasarkan misi masuk syurga sekeluarga dan melahirkan insan al-Abrar. Program ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Insan (Ayat 1-31) dan tadabbur oleh Ustaz Mohamad Hafizullah bin Mohd Tahir yang merupakan Imam Besar Masjid Negeri Perak. 


Maklumat lanjut mengenai program #QURANHOUR  boleh layari FB PPANPk di link https://www.facebook.com/160053091529/posts/10160558101581530/?mibextid=Nif5oz


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#QURANHOUR

#perpustakaanipgki

#libraryipgki2024 #leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference









Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung