Lawatan Khidmat Nasihat dan Perundingan Perpustakaan Negara Malaysia ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh

 

27 Februari 2025 - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh berbesar hati dengan kunjungan Lawatan Khidmat Nasihat dan Perundingan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Lawatan tersebut diketuai oleh Pn. Maiyumi binti Ahmat (Penolong Pengarah Kanan) dan disertai oleh Pn. Fazlina binti Fauzi dan Pn. Ummie Salwanee binti Pak Chu Adik.

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Haji Mohd Taufik bin Haji Ahmed, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh kerana dapat meluangkan masa bersama-sama pihak PNM untuk  membincangkan isu-isu dan khidmat nasihat dalam menambah baik kualiti perkhidmatan pusat sumber masa akan datang.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgkampusipoh

#perpustakaannegaramalaysia

#khidmatnasihat




Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung