• ;
  • ;

e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021





e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021

13 Januari 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya menerbitkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021. Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Unit) merakamkan ucapan tahniah  kepada pasukan perpustakaan di atas komitmen yang diberikan dalam menyiapkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021 ini. 


Selamat membaca.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#perpustakaannegaramalaysia
Kongsi:

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2022

12 Januari 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Bil 1/2022 pada pukul 4.00 petang. Buat pertama kalinya mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Pusat Sumber), yang baharu dilantik.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan Kanan S22), Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan S22) dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar (Pembantu Operasi).

Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang pada 2022 ini. Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan diatas kecemerlangan yang telah dicipta selama ini. Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada tahun ini walaupun mengalami kekurangan seorang kakitangan perpustakaan. Mesyuarat ini berakhir pada jam 5.45 petang. 

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#membacavaksinminda
#makeadifference
Kongsi:

Tahniah : Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas - Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin




7 Januari 2022 - Selamat datang kepada Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin. Tahniah diatas pelantikan sebagai Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Turut diselitkan sesi penyerahan Nota Serah Tugas daripada En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor (mantan Ketua Unit Perpustakaan) kepada Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan).

Semoga Unit Perpustakaan akan terus mengukir kecemerlangan.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh

Kongsi:

Sekalung Penghargaan Buat En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor dan Pn. Asrofah bt Anuas

7 Januari 2022 -  Terima kasih  kepada En. Nurul Azmi Mat Nor (mantan Ketua Unit Perpustakaan) dan Pn. Asrofah bt Anuas atas khidmat bakti yang telah diberikan kepada Unit Perpustakaan. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan menabur bakti dengan cemerlang di tempat baharu.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#makeadifference

Kongsi:

Sejambak Budi 2022 : En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor@Ahmad Nor dan Pn. Asrofah bt Anuas

7 Januari 2022 - Majlis Sejambak Budi meraikan sempena pertukaran En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @Ahmad Nor ke Unit Pembangunan Latihan manakala Pn. Asrofah bt Anuas ke Unit Praktikum. Terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang bertugas di Unit Perpustakaan. Semoga terus cemerlang di unit baharu.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#makeadifference
Kongsi:

Taman Berkarya Siri 3/2021 (eISSN 2710-6683)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera… sudah tentu peminat setia Buletin Taman Berkarya kami tertunggu-tunggu kemunculan siri terakhir bagi penutup tirai tahun 2021.

Tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang karya dan sidang penerbit siri kali ini.

Selamat membaca semua.


#leadingfuturemodelteacher #membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#upustaka #perpustakaanipgikampusipoh

Kongsi:

Selamat Tahun Baharu 2022

 


🌺Selamat Tinggal 2021... ðŸŒº

Terima kasih untuk segalanya.
Masa lalu adalah kenangan.
Masa kini adalah kenyataan.
Masa depan adalah harapan.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat datang harapan..

🎊Selamat Tahun Baru 2022🎊

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#ipgkampusipoh 

See less
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung