Hebahan : WORLD #QuranHour PERINGKAT IPGK IPOH
Hebahan : PROGRAM WORLD #QURANHOUR PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH - TADABBUR SURAH AL-SAFF
Hebahan : WORLD #QuranHour PERINGKAT IPGK IPOH
Penyerahan Penerbitan Bahan Digital IPG Kampus Ipoh : Perkembangan Ilmu Pengetahuan dan Persuratan Budaya Melayu Selepas Kedatangan Islam
10 Mac 2025 (Isnin) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar Azim Afif bin Dzulfikri, Goh Chen Xi, Kiirthika a/p Jaya dan Siti Aisyah binti Mohd Salleh kerana berjaya menerbitkan ebook yang berjudul Perkembangan Ilmu Pengetahuan dan Persuratan Budaya Melayu Selepas Kedatangan Islam, eISBN 978-967-2863-83-0 di bawah penerbitan institusi ini.
Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan
rujukan di pusat sumber melalui pautan 👇
https://pustaka-ipgki.blogspot.com/p/koleksi-ebook-ipgki.html
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#pusatsumberipgmki
#penerbitanbuku2024
Penyerahan & Sumbangan Penerbitan IPG Kampus Ipoh : Antologi Anekdot Ngosek
Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan 1446H
1 Mac 2025 - Marhaban ya Ramadan! Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam 🥰
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#Ramadanyakareen
#pusatsumberipgki
Lawatan Khidmat Nasihat dan Perundingan Perpustakaan Negara Malaysia ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh
27 Februari 2025 - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh berbesar hati dengan kunjungan Lawatan Khidmat Nasihat dan Perundingan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Lawatan tersebut diketuai oleh Pn. Maiyumi binti Ahmat (Penolong Pengarah Kanan) dan disertai oleh Pn. Fazlina binti Fauzi dan Pn. Ummie Salwanee binti Pak Chu Adik.
Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Haji Mohd Taufik bin Haji Ahmed, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh kerana dapat meluangkan masa bersama-sama pihak PNM untuk membincangkan isu-isu dan khidmat nasihat dalam menambah baik kualiti perkhidmatan pusat sumber masa akan datang.
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#pusatsumberipgkampusipoh
#perpustakaannegaramalaysia
#khidmatnasihat
Sumbangan Tesis 2025
28 Februari 2025 - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Mohd Hafiz bin Muhamad Tarmizi kerana telah menyerahkan sumbangan tesis pelajar 5 terbaik untuk tujuan rujukan di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.
Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang masih melanjutkan pelajaran di institusi ini.
"IPGMKI The Inspiration Of Positive and Objective Hearts"
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#sumbangantesis
#pusatsumberipgki
#ipgkampusipoh
Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan EOMS 21001 : 2018
25 hingga 27 Februari 2025 - Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah menjalankan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) 21001:2018, Bilangan 1 Tahun 2025. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh tetap komited dalam menambahbaik pengurusan dan perkhidmatan pusat sumber dari masa ke semasa.
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#pusatsumberipgki
#auditeoms2025










_20250301_213145_0000.jpg)






.png)