• ;
  • ;

Hebahan : Pertandingan Puisi Tulang Buku 2022



Kami bawakan kembali Pertandingan Puisi Tulang Buku untuk anda sertai & menang!

Puisi Tulang Buku ialah puisi yang dicipta dengan menggunakan judul dari tulang buku untuk baris puisi.
Ayuh, cuba hasilkan Puisi Tulang Buku dengan menggunakan judul-judul buku yang diberikan seperti berikut :
1. Restu
2. Bumi Harapan
3. Halal dan haram
4. Selaut cita merentang
5. Nota kasih
6. Impianku ke menara gading
7. Menongkah gelombang pendidikan
8. Cahaya cinta
9. Mutiara tasbih
10. Jejak ke puncak
📧 Hantarkan hasil karya anda di link ini : https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfLSfBlaId.../viewform...
👨🏻‍🏫 Bimbingan mencipta puisi berdasarkan judul tulang buku anda boleh klik link ini : https://www.youtube.com/watch?v=GzGJ2mlOj90
Tarikh tutup pertandingan pada 14 Mac 2022.
Pertandingan terbuka kepada semua.
Pemenang akan diadili mengikut 4 kategori :
🎁 Pensyarah
🎁 Pelajar IPGKI
🎁 Staf IPGKI
🎁 Pelayar Maya FB
Selamat mencuba!
Kongsi:

Hebahan : Jemputan Menyertai Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2022

 


Jemputan Menyertai Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2022

ANDA....
Pustakawan?
Kurator?
Pegawai Arkib?
Guru Perpustakaan dan Media?
Berkerja di galeri?
Berkerja di muzium?
Berkerja di arkib?
Jika jawapannya YA...Jom sertai Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia pada 25-27 Mei 2022 anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)
Jika berminat ..anda bolehlah menghantar kertas dan maklumat lanjut ke alamat email kertas.ptpm@gmail.com




Kongsi:

Sumbangan Buku / Terbitan Bersiri 2022 : Terima Kasih dan Tahniah Unit V8 Serta Mentor, Dr. Arulnathan Visurasam


22 Februari 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Inovasi QR Alphabet dari Unit V8 (major Bahasa Tamil) kerana telah berjaya menerbitkan buku QR Tamil Alphabet. Projek inovasi ini dibawah bimbingan mentor V8, Dr. Arulnathan Visurasam.
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima sumbangan buku projek inovasi ini dan menjadi bahan bacaan serta rujukan di Perpustakaan. 

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 : Bersama Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Ipoh

PAMERAN BERTEMA : JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK IPG KAMPUS IPOH

21 Februari 2022 - Tahniah kepada Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Ipoh telah menghasilkan pameran bertema Jabatan /Unit di sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan. 

Pameran yang disediakan adalah bertemakan “AKADEMIK TUNJANG KECEMERLANGAN BAKAL GURU”. Tema ini bersesuaian dengan penurunan tiga fungsi Pusat Kecemerlangan Akademik (PKA) IPGM menjadikan IPG kampus sebagai Pemberi Pendidikan Tinggi yang berautonomi dan bertanggungjawab memastikan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan akademik berjalan lancar dan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan. Peranan Jabatan Kecemerlangan Akademik di IPG Kampus Ipoh berfungsi untuk mengurus, merancang dan menyelaras pelaksanaan program akademik  dengan lebih berkesan selaras dengan hasrat melahirkan guru yang kompeten, berilmu dan kalis masa hadapan.

Antara bahan yang dipamerkan ialah bahan-bahan rujukan akademik berkaitan dengan Buku Panduan Akademik PPISMP, PISMP dan PDPM, Buku Panduan Praktikum dan Buku Panduan Pentaksiran. Selain itu, dipamerkan juga Buku Panduan Penyelidikan yang terdiri daripada 5 bentuk metodologi penyelidikan iaitu Penyelidikan Etnografi, Penyelidikan Eksp/Kuasi Eksp, Penyelidikan Kajian Kes, Penyelidikan Tindakan dan Penyelidikan Tinjauan. 

Bahan-bahan rujukan penyelidikan ini amat penting kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 yang ketika ini sedang melaksanakan penyelidikan. Turut dipamerkan ialah bahan digital berkaitan dengan Unit Program Pengajian Akademik, Unit Program Pengurusan Akademik, Unit Pembelajaran Digital, Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik dan Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik.

Semoga pameran ini dapat memberi panduan yang jelas kepada para pengunjung dalam penyediaan penyelidikan yang lengkap.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Bengkel Penggunaan Pangkalan Data IPGM dan KPM

21 Februari 2022 - Tahniah warga kerja Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana mengikuti Bengkel Penggunaan Pangkalan Data IPGM dan KPM anjuran Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu Khas secara dalan talian. Bengkel disampaikan oleh En. Yazid bin Ibrahim, Perpustakaan Negara Malaysia.

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
Kongsi:

Sumbangan Buku/Terbitan Bersiri 2022 : Terima Kasih Cik Norfarahani bt Mad Dahari (Unit T4)

18 Februari 2022 - Terima kasih diucapkan kepada Cik Norfarahani bt Mad Dahari (Unit T4) kerana menyumbangkan 3 buah buku koleksi peribadi beliau untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Moga sumbangan buku ini memberi manafaat kepada semua pengguna Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
Kongsi:

Kursus Pengurusan Laman Web untuk Webmaster Jabatan/Unit dan JPP

 

Oleh ; Nasimah

16 Februari 2022 - Tahniah Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menghadiri Kursus Pengurusan Laman Web untuk Webmaster Jabatan/Unit dan JPP dengan jayanya. Kursus ini anjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Laman Web dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh. Kursus ini juga di adakan di Makmal Bestari, IPG Kampus Ipoh dan disampaikan oleh En. Mohd Zaki bin Jamaluddin serta dihadiri seramai 16 orang pensyarah dan kakitangan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan laman web di setiap jabatan dan unit.

Layari portal Perpustakaan di pautan ini http://pustaka.ipgki.my/?m=1

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung